KSKJTM Logo KSKJTM-BSN PORTAL
KSKJTM-BSN PORTAL
Login

BOLA SEPAK 5 SEBELAH KSKJTM


BOLA SEPAK 5 SEBELAH KSKJTM
Wed, 18 Dec 2024
Padang Kecil, PPBSN

Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah KSKJTM
(18 Disember 2024 & 20 Januari 2025)

Bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan, KSKJTM telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah pada 18 Disember 2024 dan 20 Januari 2025

Menariknya, pertandingan kali ini turut melibatkan kategori bola sepak wanita, yang diadakan bagi memberi peluang kepada kakitangan wanita untuk turut serta mempamerkan bakat dan menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan mereka. Penyertaan yang diterima amat menggalakkan dan memberikan impak positif khususnya dalam menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti riadah serta sukan.

Sepanjang kedua-dua hari pertandingan ini berlangsung, suasana amat meriah dengan sokongan padu daripada rakan-rakan sepasukan dan penonton yang hadir. Setiap perlawanan berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, di samping mempamerkan bakat dan keupayaan fizikal kakitangan yang bertanding.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mempereratkan hubungan silaturahim antara warga kerja di samping memupuk nilai kerjasama, disiplin, dan keazaman dalam mencapai kemenangan. Di samping itu, penganjuran aktiviti seperti ini juga mampu memberi manfaat dari segi kesihatan mental dan fizikal kepada semua yang terlibat.

Keseluruhannya, pertandingan ini telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan dan mendapat sambutan positif. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai salah satu platform membina kecergasan, semangat berpasukan dan kekuatan ukhwah antara kakitangan KSKJTM, tanpa mengira jantina.

 

Created date: 13 Jul 2025 13:23
Updated date: 17 Nov 2025 01:06

Related Videos
View All Videos