CSR PROGRAME “KESEDARAN PENIPUAN INTERNET & BULI SIBER”
CSR: Program Kesedaran Penipuan Internet & Buli Siber
SK Kantan Permai, Kajang
3 Oktober 2024
Pada 3 Oktober 2024, satu Program CSR bertemakan "Kesedaran Penipuan Internet & Buli Siber" telah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kantan Permai, Kajang. Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memberi pendedahan awal kepada murid-murid sekolah tentang bahaya yang wujud di alam siber.
Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran para pelajar tentang pelbagai bentuk penipuan atas talian serta bahaya buli siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Selain itu, program ini turut berkongsi langkah-langkah pencegahan dan cara bertindak sekiranya menjadi mangsa, agar pelajar lebih berani untuk bersuara dan melindungi diri mereka sendiri.
Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya ceramah interaktif, kuiz keselamatan siber, serta perkongsian pengalaman oleh wakil pakar dalam bidang keselamatan ICT. Sambutan daripada para pelajar dan guru amat menggalakkan dan mereka memberikan maklum balas positif terhadap penganjuran program seperti ini.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi melahirkan generasi yang lebih celik teknologi, bertanggungjawab dan peka akan ancaman dunia digital.
Created date: 13 Jul 2025 12:19
Updated date: 09 Nov 2025 20:32