DINNER KSKJTM 2025
Dinner KSKJTM 2025
(16 Mei 2025)
Pada 16 Mei 2025, KSKJTM telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan (Dinner) KSKJTM 2025 yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan gemilang. Majlis ini diadakan bagi meraikan seluruh warga kerja Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) sebagai penghargaan atas komitmen, usaha dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun.
Tema majlis makan malam pada kali ini lebih tertumpu kepada semangat kekeluargaan, perpaduan dan menghargai jasa kakitangan dalam membentuk organisasi yang lebih cemerlang. Majlis diserikan lagi dengan pelbagai pengisian menarik seperti ucapan penghargaan, penyampaian hadiah cabutan bertuah, persembahan pentas serta anugerah khas untuk kakitangan.
Majlis ini bukan sahaja memberi peluang untuk semua kakitangan beramah mesra dalam suasana santai dan ceria, malah turut memupuk semangat kekitaan, mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh hubungan silaturahim sesama rakan sekerja. Kehadiran yang menggalakkan serta suasana penuh harmoni jelas menunjukkan keterujaan semua warga KSKJTM dalam menjayakan majlis ini.
Secara keseluruhannya, Dinner KSKJTM 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat yang diharapkan. Diharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan setiap tahun sebagai satu platform menghargai usaha kakitangan serta menyemarakkan lagi semangat berpasukan dalam organisasi.
Created date: 13 Jul 2025 13:47
Updated date: 14 Nov 2025 22:17