INFAQ IFTAR RAMADHAN
Pada 2 April 2024 (Selasa), satu program kebajikan bertajuk “Infaq Iftar Ramadan” telah berjaya dianjurkan sempena menyambut kedatangan bulan suci Ramadan. Program ini bertujuan untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan, khususnya melalui pemberian barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, dan makanan kering yang lain.
Apa yang lebih bermakna, sumbangan ini merupakan hasil collection ikhlas daripada kakitangan JTM yang ingin berkongsi rezeki serta menyemarakkan semangat infaq dan keprihatinan dalam bulan penuh keberkatan ini. Setiap sumbangan telah disalurkan kepada keluarga yang dikenal pasti layak dan memerlukan, terutama dalam kalangan asnaf dan masyarakat sekitar.
Program ini bukan sahaja meringankan beban mereka yang dibantu, malah turut memperkukuh nilai kasih sayang, empati, dan semangat kebersamaan antara warga kerja. Para sukarelawan turut memainkan peranan penting dalam proses pembungkusan dan pengagihan bantuan.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang, bukan sahaja sebagai pengisian rohani Ramadan, tetapi juga sebagai amalan berterusan dalam memupuk budaya prihatin dan berkongsi rezeki sesama insan.
Created date: 13 Jul 2025 02:02
Updated date: 17 Nov 2025 02:29