KSKJTM Logo KSKJTM-BSN PORTAL
KSKJTM-BSN PORTAL
Login

Kempen Derma Darah KSKJTM 2025


Kempen Derma Darah KSKJTM 2025
Thu, 23 Oct 2025
PPBSN

Pada 23 Oktober 2025, satu program derma darah telah berjaya dianjurkan dengan jayanya bertempat di Pusat Pembelajaran BSN (PPBSN). Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kerja BSN yang hadir dengan semangat kesukarelawanan yang tinggi.

Seramai lebih daripada 70 orang telah mendaftar untuk menyertai program ini sebagai penderma darah. Walau bagaimanapun, hanya sebahagian daripada mereka yang berjaya menderma. Seramai 23 orang tidak dapat meneruskan proses pendermaan atas pelbagai faktor, termasuk isu kesihatan seperti tekanan darah yang tidak stabil, paras hemoglobin yang rendah, serta sebab-sebab lain yang tidak membolehkan mereka menderma.

Walaupun terdapat kekangan, program ini tetap dianggap berjaya kerana ia menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan warga kerja terhadap kepentingan menderma darah. Darah yang didermakan akan membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan, terutamanya di hospital-hospital yang sering mengalami kekurangan bekalan darah.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong program ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai dan persediaan yang lebih rapi.

Created date: 25 Oct 2025 18:05
Updated date: 17 Nov 2025 05:58

Related Videos
Kempen Derma Darah KSKJTM 2025
View All Videos