KSKJTM Logo KSKJTM-BSN PORTAL KSKJTM-BSN PORTAL
Login

KSKJTM World CUP FEST 2026 : World Cup Jersey Day


KSKJTM World CUP FEST 2026 :  World Cup Jersey Day
Fri, 03 Jul 2026
Stadium, PPBSN

Pada 3 Julai 2026, Kelab Sukan dan Kebajikan JTM (KSKJTM) telah menganjurkan World Cup Jersey Day sebagai aktiviti pertama sempena kempen FIFA World Cup 2026. Sesi bergambar beramai-ramai diadakan dengan penuh semangat, di mana warga Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) mengenakan jersi pasukan kegemaran masing-masing.

Aktiviti ini merupakan susulan daripada inisiatif Jabatan HR yang menganjurkan pertandingan antara jabatan di BSN untuk memilih pemenang bagi kempen Piala Dunia. World Cup Jersey Day berjaya menghangatkan lagi suasana demam bola sepak dan menjadi simbol kebersamaan seluruh warga jabatan.

Selepas acara bergambar ini, kemeriahan akan diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik lain, termasuk:

  • Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah (Lelaki)
  • Cabaran Sepakan Penalti Gol Kecil (Wanita)
  • Trivia World Cup (Berkumpulan)

Keseluruhan program ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan kehangatan FIFA World Cup 2026, tetapi juga untuk memupuk semangat berpasukan, meningkatkan kerjasama, serta mengeratkan hubungan sesama warga JTM.

Created date: 06 Jul 2026 12:28
Updated date: 01 Aug 2026 16:57

Related Videos
View All Videos
Comments 0
Log in to leave a comment.

No comments yet. Be the first to comment!