KSKJTM Logo KSKJTM-BSN PORTAL
KSKJTM-BSN PORTAL
Login

Majlis Hi-Tea & Farewell CIO, Ms. Lee Li Foon


Majlis Hi-Tea & Farewell CIO, Ms. Lee Li Foon
Thu, 17 Jul 2025
Lobi JTM

Pada 17 Julai 2025, satu majlis penuh sederhana tetapi bermakna telah diadakan di Lobi Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) sempena Majlis Hi-Tea & Farewell CIO, Ms. Lee Li Foon. Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan besar beliau sepanjang memimpin bahagian Teknologi Maklumat, BSN, khususnya dalam memperkasakan sistem digital dan memodenkan infrastruktur IT organisasi.

Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Ms. Lee Li Foon sendiri, yang menyentuh mengenai perjalanan karier beliau, pengalaman manis sepanjang bersama warga JTM, serta nasihat dan harapan beliau terhadap generasi baharu. Suasana bertambah sebak apabila ditayangkan video ucapan perpisahan daripada rakan-rakan sekerja yang rata-rata menitipkan kata-kata penghargaan dan kenangan manis sepanjang bekerjasama dengan beliau.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan pengenalan barisan AJK baharu KSKJTM bagi sesi akan datang. Diharapkan kepimpinan baharu ini akan terus menggerakkan aktiviti kebajikan serta memperkukuh silaturrahim antara semua kakitangan JTM.

Sebagai penutup majlis, telah diadakan satu sesi pelancaran rasmi Portal Rasmi KSKJTM oleh Ms. Lee Li Foon sendiri. Portal ini dibangunkan khusus untuk kemudahan kakitangan JTM dalam mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti kelab, pengumuman semasa, dan sebagainya. Kini, portal ini boleh diakses oleh semua melalui pautan https://kskjtm.com.

Majlis ini bukan sahaja menjadi kenangan indah buat Ms. Lee, tetapi turut mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga JTM yang hadir. Semoga segala jasa dan sumbangan beliau sentiasa dikenang.

Created date: 19 Jul 2025 07:21
Updated date: 18 Nov 2025 04:50

Related Videos
Launching kskjtm portal
Introducing New KSKJTM Commitee Members 2025/2027
Farewell Greeting for Ms. Lee. 1
View All Videos