Program Treasure Hunt & CSR – MKSAKK 2025
Program Treasure Hunt & CSR – MKSAKK 2025
15 November 2025 – Acara tahunan Treasure Hunt kembali lagi! Dianjurkan oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kementerian Kewangan (MKSAKK) yang telah diadakan di Pulau Langkawi, Kedah. Sebanyak 40 pasukan dari 12 agensi dibawah Kementerian Kewangan menyertai pertandingan ini. BSN telah menghantar 3 pasukan dimana 2 daripadanya adalah peserta dari JTM (8 orang) dan HQ yang telah memberi cabaran sengit kepada pasukan agensi lain. Selain menguji kreativiti dan strategi, ia menjadi platform mengeratkan ukhuwah antara semua warga kementerian.
🎉 Pencapaian membanggakan!
🏆 Tempat ke-2 (RM1,500) – IT Team A
1️⃣ Mohd Lasim bin Pit
2️⃣ Mardalina Mohd Daud
3️⃣ Mohamad Rozaidi Bin Roslee
4️⃣ Faezah Husin
🥉 Tempat ke-3 (RM1,000) – IT Team B
1️⃣ Mohd Yazid bin Pathani
2️⃣ Zakariya Ahmad
3️⃣ Ahmad Shahari Abu Samah
4️⃣ Mohd Hazar Bin Hasan
🎖 Tempat ke-5 – HQ Team
🔥 Kejayaan ini membuktikan semangat berpasukan dan daya saing tinggi dalam kalangan peserta selain Kerjasama erat yang ditujunkkan antara satu sama lain.
Pada keesokkan harinya pula satu program diteruskan dengan aktiviti CSR pembersihan pulau-pulau berdekatan Kilim Geo Forest Park, Pulau Langkawi. Tujuan utama adalah untuk memelihara alam sekitar & meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga ekosistem. Para peserta berganding bahu membersihkan kawasan sekitar, menjadikan program ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar.
Harapan - Pasukan IT terus menyahut cabaran dari aktiviti yang dianjurkan KSKBSN khususnya dan dapat mewakili bank ke kejohanan-kejohanan anjuran MKSAKK dan Badan Berkanun (PPBM).
Created date: 28 Nov 2025 15:55
Updated date: 14 Apr 2026 01:58